Sabtu, 23 Ogos 2008

Tentang diriku....





Salam....

Nama saya ialah Nik Shahrommiza Bt Dollah. Berusia 20 tahun dan dilahirkan pada 29 April 1988. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sekarang menetap di Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Merupakan anak ketujuh daripada sembilan orang adik beradik. Saya amat menyukai warna ungu kerana saya rasa warna tersebut begitu lembut dan sedap mata memandang. Saya amat menggemari tom yam dan laksa sebab saya suka makanan yang pedas dan masam-masam. Tapi tak bermaksud muka saya pun masam..hehe..Sekolah rendah saya adalah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana ( tingkatan 1 - 3 ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan ( tingkatan 4 dan 5 ). Selepas SPM, saya bekerja sebagai promoter di The Store, Sri Petaling selama 5 bulan. Banyak juga pengalaman yang dapat dan barulah rasa susahnya cari duit. Selepas itu saya menyambung pelajaran di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya. Kini, saya belajar di Politeknik Sultan Idris Shah dan mengambil kursus Diploma Sains Kesetiausahaan.

Tiada ulasan: