Sabtu, 23 Ogos 2008

Pengalaman semasa latihan industri.....


Ini pula gambar saya bersama dengan Pembantu Khas kepada Pengarah Jabatan Kewangan iaitu Pn. Ruziah dan saya memanggilnya Kak Ruzi. Kak Ruzi banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau adalah seorang yang baik dan ceria. Saya seronok dapat mengenalinya.





Ini adalah gambar saya bersama dengan Timbalan Bendahari (Pentadbiran), Pn. Junainah Bt Repin. Saya telah menjadi pembantu khas kepada beliau untuk menggantikan tempat Pembantu Khasnya iaitu Pn. Rosnaini yang bercuti selama dua bulan kerana bersalin.



Saya telah menjalani latihan industri di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya telah ditempatkan selama sebulan di Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan empat bulan di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kewangan. Semasa di Bahagian Latihan saya telah ditugaskan sebagai Pembantu Khas kepada Timbalan Pengarah Bahagian Latihan iaitu Pn. Hanim Bt Hashim. Semasa saya berada di Bahagian Latihan saya berkesempatan menjadi urusetia semasa Retreat Manual Prosedur Kerja (MPK), Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Fail Meja ( FM ) di Genting View, Genting Highlands. Di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kewangan pula saya ditugaskan sebagai Pembantu Khas kepada pegawai-pegawai di Jabatan Kewangan. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat semasa menjalani latihan industri antaranya mengendalikan mesyuarat, menguruskan sistem pemfailan, dan sebagainya. Latihan industri memberi saya peluang untuk merasai suasana pekerjaan yang sebenar dan latihan industri saya begitu mencabar kerana menguji kebolehan saya. Namun, saya berasa gembira dengan kerja yang diberikan kerana saya mendapat kepercayaan dari pegawai-pegawai di Jabatan Kewangan. Gambar ini saya bersama dengan pelajar praktikal Politeknik Port Dickson, Penolong Akauntan, Pn. Rapeah dan Pengarah Jabatan Kewangan, En. Omar Bin Abas.

Tiada ulasan: