Ahad, 5 Oktober 2008

Sweet couple...





Cube teka nie sape..hehe..niela muhamad jeffri bin zulkifli..special boyfriend..hehe

Hari raya...



Nie gambar dengan abang mase ari raya..bestnye dapat banyak duit raya tahun nie...hehe

Ambang merdeka

















Nie mase ambang merdeka..kitorang kene berkumpul kat dewan serbaguna untuk sambut ambang merdeka...semangat nie nak sambut merdeka yang ke 51..sakit2 kaki pun semangat lagi sambut merdeka tau..nie la yang dikatakan semangat merdeka...merdeka!!!..hehe

Career fest



Nie lak masa career fest..Kitorang kene menjual..rase pengalaman jadi peniaga..best gak berniaga nie..hehe..kitorang jual nasi lemak berapi, pop corn wassup, sandwich, kerepek..laku tau jualan kitorang, yang paling laku nasi lemak berapi la..sedap tau..2 yang abis cepat 2..hehe..pengalaman yang tak dapat lupakan masa jualan nie, kitorang bgn 4 pagi wat sandwich..wat sendiri tau sandwich nie..resepi sendiri..sedap sampai menjilat jari..hehe

Bola jaring







Team bola jaring dsk 4c sewaktu perlawanan bola jaring 51 jam tanpa henti sempena menyambut bulan kemerdekaan yang ke 51..Fuh..penat tul..bayangkan kul 10 mlm, 12 tghmlm, 2 pg, 6 pg main..Memang penat sgt..kaki abis sakit2...bayangkan tak training langsung terus main..memang sakit la kaki kan..tapi ape2 pun satu pengalaman yang amat menyeronokkan walaupun penat..sepatutnya masuk malaysian book of record tp orang yang nak judge 2 xdtg..sayangnye..huhu..tp yang penting semangat main...hehe

Khamis, 4 September 2008

Sabtu, 23 Ogos 2008

Adik beradik perempuan...


Ini adalah gambar adik beradik perempuan dalam keluarga kami.

Adik-adikku....

Ini pula adalah adik bongsu saya iaitu Nik Nur Afifah Bt Dollah yang berusia 16 tahun. Beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga kami. Kini, beliau menuntut di Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi.




Ini adalah adik saya yang bernama Nik Nurshamsiah Bt Dollah berusia 18 tahun. Beliau merupakan anak kelapan dalam keluarga kami. Kini, beliau menyambung pelajar di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi.

K.Ita dan Abang Chik


Ini pula abang chik. Nama sebenar beliau ialah Nik Mohammad Hadhri Bin Dollah berusia 22 tahun. Beliau merupakan anak keenam dalam keluarga saya. Beliau bekerja sebagai customer service di TM Net streamyx. Beliau merupakan abang kedua saya.

Ini pula gambar k.ita. K.ita merupakan anak kelima dalam keluarga kami. Nama k.ita ialah Nik Marita Bt Dollah berusia 24 tahun. Beliau juga merupakan seorang cikgu sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Damansara. Beliau adalah lulusan daripada KUSTEM yang kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

K.Ati kahwin...


Ini adalah gambar perkhawinan k.Ati. Nama penuh k.Ati ialah Nik Mariati Bt Dollah berumur 26 tahun dan suaminya ialah Shahrul Naim berumur 26 tahun. K.Ati merupakan anak keempat dalam keluarga kami. Beliau bekerja sebagai pensyarah di Politeknik Sultan Idris Shah dan suaminya bekerja sebagai pegawai di Port Klang.

Abang....



Ini adalah abang saya dan isterinya iaitu Kak Epy. Abang saya ini merupakan anak ketiga dalam keluarga kami. Nama abang saya ialah Nik Mohammad Khusairi Bin Dollah berumur 29 tahun isterinya juga berusia 29 tahun. Abang saya juga menetap di Johor tetapi di Kluang. Abang saya dan isterinya merupakan cikgu di sekolah menengah. Abang saya mempunyai dua orang anak iaitu Nik Muhammad Irfan dan Nik Muhammad Zafran Hadi.

K. Long dan K.Ani....

Ini pula adalah kak Ani saya dan suaminya Abang Man. Kakak saya yang ini bernama Nik Mariani Bt Dollah berumur 32 tahun dan suaminya berumur 41 tahun. Kak Ani menetap di Kota Tinggi, Johor. Beliau bekerja sebagai kerani sekolah dan suaminya pula adalah bekerja sebagai pegawai Felcra. Beliau mempunyai 3 orang anak dan merupakan anak kedua di dalam keluarga kami.



Ini adalah kak long saya. Nama beliau ialah Nik Mariana Bt Dollah berumur 35 tahun dan masih bujang lagi..hehe..Beliau bekerja di Putrajaya. Kak Long saya merupakan anak sulung di dalam keluarga kami.

Mama dan abah....


Ini adalah mama dan abah saya. Abah saya bernama Dollah Bin Yasok berumur 59 tahun dan mama saya bernama Raja Maheran Bt Raja Husin berumur 56 tahun. Gambar diambil sewaktu mama dan abah saya baru pulang dari mengerjakan haji pada hujung tahun lepas. Seronoknya masa ni sebab dapat jumpa mama dan abah lepas dua bulan mereka di sana. Alhamdulillah akhirnya dapat juga mereka mengecap impian mereka untuk menunaikan haji di Mekah.

Aktiviti di politeknik.....


Ini pula adalah sewaktu Majlis Hari Raya Kelas DSK 2C. Majlis ini dianjurkan oleh DSK 2C iaitu kelas saya semasa saya semester 2. Majlis ini mengeratkan hubungan kami dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar kami kerana kami telah menjalankan aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada pensyarah-pensyarah yang sudi hadir.



Ini pula adalah semasa Malam DSK semasa saya semester 2. Saya telah menjadi penyambut tetamu semasa majlis ini. Meriah gakla majlis ni. Tema Malam DSK waktu ni adalah tema warna mengikut kelas maksudnya satu kelas akan memakai baju warna yang sama bagi membezakan dengan kelas lain.




Ini adalah gambar sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-50. Gambar ini diambil semasa pertandingan menghias blok asrama dan ini adalah blok yang saya duduki iaitu B1.

Pengalaman semasa latihan industri.....


Ini pula gambar saya bersama dengan Pembantu Khas kepada Pengarah Jabatan Kewangan iaitu Pn. Ruziah dan saya memanggilnya Kak Ruzi. Kak Ruzi banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau adalah seorang yang baik dan ceria. Saya seronok dapat mengenalinya.





Ini adalah gambar saya bersama dengan Timbalan Bendahari (Pentadbiran), Pn. Junainah Bt Repin. Saya telah menjadi pembantu khas kepada beliau untuk menggantikan tempat Pembantu Khasnya iaitu Pn. Rosnaini yang bercuti selama dua bulan kerana bersalin.



Saya telah menjalani latihan industri di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya telah ditempatkan selama sebulan di Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dan empat bulan di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kewangan. Semasa di Bahagian Latihan saya telah ditugaskan sebagai Pembantu Khas kepada Timbalan Pengarah Bahagian Latihan iaitu Pn. Hanim Bt Hashim. Semasa saya berada di Bahagian Latihan saya berkesempatan menjadi urusetia semasa Retreat Manual Prosedur Kerja (MPK), Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Fail Meja ( FM ) di Genting View, Genting Highlands. Di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kewangan pula saya ditugaskan sebagai Pembantu Khas kepada pegawai-pegawai di Jabatan Kewangan. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat semasa menjalani latihan industri antaranya mengendalikan mesyuarat, menguruskan sistem pemfailan, dan sebagainya. Latihan industri memberi saya peluang untuk merasai suasana pekerjaan yang sebenar dan latihan industri saya begitu mencabar kerana menguji kebolehan saya. Namun, saya berasa gembira dengan kerja yang diberikan kerana saya mendapat kepercayaan dari pegawai-pegawai di Jabatan Kewangan. Gambar ini saya bersama dengan pelajar praktikal Politeknik Port Dickson, Penolong Akauntan, Pn. Rapeah dan Pengarah Jabatan Kewangan, En. Omar Bin Abas.

kenangan bersama kawan-kawan.....




Ini adalah gambar bersama dengan kawan-kawan baik semasa di sekolah menengah. Gambar diambil sewaktu kami buat reunion di Taman Tasik Permaisuri. Mereka ini merupakan kawan-kawan baik dari sekolah sampailah sekarang. Best dapat kawan dengan diorang ni, happening je semua. Hasliza sekarang di UiTM, Perlis, Ana di Politeknik Nilai, Kin dan Amree pula sedang berkerja sementara menunggu untuk sambung belajar. Paling best sekali semasa kami buat reunion ni ialah masa tukar-tukar hadiah. Seronoknya dapat hadiah...hehe..





Ini adalah kawan-kawan baik ku di politeknik. Mereka ialah Izzah, K. Maya, Farah dan Kiah. Ini gambar kitorang dekat pantai belakang poli..Bestnye dapat hirup udara pagi dan menikmati pandangan yang indah kat sini. Dapat lepaskan tension.

Tentang diriku....





Salam....

Nama saya ialah Nik Shahrommiza Bt Dollah. Berusia 20 tahun dan dilahirkan pada 29 April 1988. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sekarang menetap di Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Merupakan anak ketujuh daripada sembilan orang adik beradik. Saya amat menyukai warna ungu kerana saya rasa warna tersebut begitu lembut dan sedap mata memandang. Saya amat menggemari tom yam dan laksa sebab saya suka makanan yang pedas dan masam-masam. Tapi tak bermaksud muka saya pun masam..hehe..Sekolah rendah saya adalah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana ( tingkatan 1 - 3 ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan ( tingkatan 4 dan 5 ). Selepas SPM, saya bekerja sebagai promoter di The Store, Sri Petaling selama 5 bulan. Banyak juga pengalaman yang dapat dan barulah rasa susahnya cari duit. Selepas itu saya menyambung pelajaran di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya. Kini, saya belajar di Politeknik Sultan Idris Shah dan mengambil kursus Diploma Sains Kesetiausahaan.

Selasa, 29 Julai 2008

Pengenalan

Hai...saya nik shahrommiza bt dollah berumur 20 tahun.